Home

Selamat Datang Ke Laman NurSKBM -- Sesungguhnya saat yang paling dekat antara dirimu dengan ALLAH Subhanahu wa Ta'ala, iaitu apabila engkau sedang bersujud kepadaNya. Dan saat yang paling berbahagia adalah ketika engkau ikhlas kepadaNya. Saat yang paling lapang bagimu adalah ketika engkau berzikir kepadaNya. Dan saat dimana engkau paling berharap kepadaNya adalah ketika engkau berdo'a kepadaNya
( SKBM 100 TAHUN PADA 2010)

Monday, April 4, 2011



Subhanallah…Walhamdulillah


Akhirnya bertemu lagi di laman ini…. Masyaallah…..diam tak diam, sudah 4 bulan kita memasuki tahun 2011 dan tahun 2010 telahpun jauh kita tinggalkan. Kepentingan masa tidak pernah kita nafikan. Di sana sini heboh menceritakan tentang peri pentingnya masa ini. Terdapat beberapa ungkapan yang lahir dari para cendekiawan atau ahli hikmah zaman dahulu . Antara yang sering kita dengar “masa itu emas” , teringat pula pada satu pepatah arab yang mengumpamakan masa seperti pedang. Begitulah manusia ingin menggambarkan tentang pentingnya masa.


Di dalam al-Qur’an Allah ada berfirman tentang masa iaitu dalam surah al-Asr. Namun begitu, berapa ramai diantara kita yang telah membazirkan masa begitu saja tanpa mengisinya dengan perkara yang berfaedah. Kita menonton tv berjam-jam, atau duduk di hadapan komputer seharian dengan berfacebook atau bermain game yang ramai anak muuda sebut pada hari ini sebagai hobi. Namun, terlintaskah di fikiran kita bahawa terdapat banyak perkara lain yang dapat kita selesaikan dalam jangka masa yang sama. Bukannya tidak boleh menjadikan ia sebagai hobi, tetapi hobi itu sendiri mengikut pengertiannya yang sebenar adalah aktiviti yang dilakukan untuk mengisi masa lapang.


Permasalahannya adalah….kita gagal mengisi masa lapang itu dengan perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada diri kita. Kita inginkan kejayaan, tapi kita tidak mahu menggunakan masa yang ada untuk menjana kejayaan engan belajar atau berbincang. Ingin saya berkongsi bahan yang saya cedok dari suntikan motivasi Ustazah NorHuda dalam Program Bicara Kasih tentunya di Surau SKBM baru-baru ini, Semoga difahami, dihayati dan diamalkan…


REBUTLAH 5 KELAPANGAN YANG TERHIDANG DI DEPAN MATA…….


1- Kelapangan Awal Pagi Sebelum Kelas Bermula ( 5-15 minit )


v Pelajar yang datang awal ke sekolah mempunyai banyak masa sebelum kelas bermula.


v Gunakanlah masa ini untuk melakukan perkara yang berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran tentang topic yang akan diajar atau membaca buku nota.


2- Kelapangan Kerana Guru Lambat Masuk ke Kelas ( 5-10 minit )


v Gunakan masa ini untuk mengulangkaji topic yang baru diajar oleh guru.


v Kamu juga boleh mengulangkaji tentang topic yang akan diajar oleh guru.


v Selain itu kamu juga boleh menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru.


3- Kelapangan Kerana Guru Tidak Masuk ke Kelas ( 30-60 minit )


v Banyak aktiviti boleh kamu lakukan.


v Boleh ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran


v Kamu juga boleh membuat latihan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan guru


v Kamu juga boleh mengulangkaji pelajaran


4- Kelapangan Waktu Rehat Setelah Menjamu Selera ( 10 minit )


v Selepas makan kamu juga mempunyai masa yang terluang untuk membaca nota ringkas


5- Kelapangan Semasa Menunggu Bas atau Kenderaan Ketika Hendak Balik Ke Rumah ( 10-30 minit )


v Pada masa ini kamu juga boleh mengulangkaji pelajaran


v Lebih bijak jika kamu membaca nota ringkas seperti nota penguat minda kerana ia mudah dibawa ke mana-mana dan boleh dibaca pada bila-bila masa.