Home

Selamat Datang Ke Laman NurSKBM -- Sesungguhnya saat yang paling dekat antara dirimu dengan ALLAH Subhanahu wa Ta'ala, iaitu apabila engkau sedang bersujud kepadaNya. Dan saat yang paling berbahagia adalah ketika engkau ikhlas kepadaNya. Saat yang paling lapang bagimu adalah ketika engkau berzikir kepadaNya. Dan saat dimana engkau paling berharap kepadaNya adalah ketika engkau berdo'a kepadaNya
( SKBM 100 TAHUN PADA 2010)

Wednesday, August 25, 2010

UPSR.....Target SKBM 100 % LULUS

Harapan dan Doa yang dititip khas oleh Ayahanda kita, En Mohd Rafie' bin Md Dali, Guru Besar SK Bandar Mersing. Semoga menjadi pencetus inspirasi dan diamalkan oleh semua warga untuk meraih kejayaan yang kita idamkan.

ASSALAMUALAIKUM WBT

Anak-anak yang dirahmati Allah !
Sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah AWT kerana dengan izinnya kita dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki, dicuci dan dibersihkan minda kita untuk berperang dalam gelanggang UPSR. InsyaAllah kemenangan dalam genggaman, kecemerlangan dalam coretan dan tantangan.

Anak-anak Yang Dirahmati Allah!
Bulan Syaban baru berlalu, Ramadhan kini di sisi kita. Esok Syawal akan datang. Dan percayalah Syawal setia menanti. UPSR datang dengan Syawal, bulan penuh keberkatan. Bulan penuh keistimewaan. Bulan kemenangan dan kejayaan. Bulan penuh kesucian dan kemurahan Allah dalam memabulkan doa hambanya.

Anak-anak Yang Dirahmati Allah !
Rebutlah kelebihan bulan Ramadhan untuk terus berusaha, terus bersolat, terus beramal, terus berdoa dan akhirnya berserah dan bertawakal. Insya Allh kalau peluang dan ruang yang tersedia ini anak-anak gunakan sepenuhnya, tidak ada sebab anak-anak kecundang dalam peperangan dan perjuangan. Sudah tentu Allah sentiasa memberi lorongan mudah kepada kita.

Anak-anak Yang Dirahmati Allah!
Doa cikgu anak-anak semua beroleh kejayaan yang cemerlang setimpal dengan usaha yang anak-anak telah lakukan dan keikhlasan ilmu yang cikgu curahkan. Ingat anak-anak Syawal menanti untuk meraikan kejayaan anak-anak.

Selamat berjaya. Kejayaan anak-anak adalah kejayaan guru-guru, kejayaan sekolah dan kejayaan ibu bapa. Cikgu adalah orang yang paling bahagia dan bangga. GEGAR MERSING!

Guru Besar,
SK Bandar Mersing

DOA KESEJAHTERAAN SKBM

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya disisimu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmatmu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Di hadapan kemuliaan kaabah ini aku memohon kepadamu;

Kurniakan kesejahteraan kepada seluruh ummat manusia terutamanya warga SK Bandar Mersing agar sentiasa bersatu hati dan terpupuk kasih sayang dengan rahmatmu ya Allah, bukalah pintu hati mereka untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan hati yang rela dan terbuka, kurniakanlah maghfirah dan keampunanmu terhadap segala kesalahan dan kekurangan yang telah dilakukan.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Jadikanlah anak kami dan anak-anak Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambamu yang soleh.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana, dan kurniakan kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah ke jalan yang benar dan kurniakan kepada mereka kefahaman para nabi, hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulan bagi mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayahmu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat, wahai Tuhan yang maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang maha mengetahui.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakan mereka dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu, dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah mereka daripada kemungkaran akhlak,perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Perkenankan permohonan kami, kejayaan sekolah mencapai Visi. Kesejahteraan warga SK Bandar Mersing agar sentiasa bersatu hati dan terpupuk kasih sayang dengan rahmatmu ya Allah dan kejayaan cemerlang anak-anak didik kami dalam peperiksaan UPSR 2010.

Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah seru sekalian alam. Ya Allah Ya Tuhanku.AMIN

Tuesday, August 3, 2010

Ramadhan Kembali lagi...


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

Alhamdulillah kita bakal berjumpa lagi bulan yang penuh keberkatan,bulan keampunan beberapa hari saja lagi. InsyaAllah kita bakal berpuasa pada hari Rabu atau Khamis (11 atau 12 Ogos 2010). Sebagaimana yang telah disebut dalam al-Quran, pada bulan Ramadhan kitab suci al-Quran diturunkan sebagai mukjizat agung Nabi Muhammad saw, juga disebutkan didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Marilah kita sama-sama membuat persediaan untuk mempertingkatkan amalan dan memperkukuh keimanan dalam usaha meraih keberkatan ilahi sebanyak-banyaknya...

Monday, August 2, 2010

Penantian yang bakal berakhir...

Salam keimanan dan salam 1 Malaysia....

Tahun bertukar bulan, bulan bertukar hari....Tanpa kita sedari Majlis Sambutan 100 tahun yang dinanti dari penghujung tahun 2009 bakal berakhir pada 8 Ogos ini. Bermula dengan Majlis Pengkisahan Sejarah 100 Tahun SKBM bersama Arkib Negara Malaysia, warga sekolah mengorak langkah melakar satu lagi program dalam menghitung detik bersejarah bagi melengkapkan usianya yang sudah sealaf lamanya. Penantian yang cukup mendebarkan akan dikongsi bersama Alumni, PIBG, para murid dan seluruh penduduk bandar Mersing. Kami di SK Bandar Mersing menjunjung kasih diatas kesudian ke bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim kerana berkenan merasmikan Majlis 100 Tahun SK Bandar Mersing. Kepada semua bekas murid, bekas guru dan warga Mersing, marilah sama-sama kita meriahkan Sambutan 100 Tahun SKBM pada 7 & 8 Ogos ini. Semoga Majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Amin..

Monday, June 14, 2010

DOA PERPISAHAN



Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini


Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

ISTIMEWA UNTUK WARGA SKBM YANG DISAYANGI

Sunday, May 30, 2010

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 1 JUN - 4 JUN 2010


Tips terakhir untuk motivasi diri menjelang peperiksaan yang ingin saya kongsikan hari ini adalah tips yang paling penting dan meliputi semua tips-tips yang telah saya berikan. Tips hari ini ialah doa yang khusus.
Sepanjang pengalaman saya dan rakan-rakan saya sebagai pelajar dulu, kami percaya doa adalah satu senjata paling hebat yang dimiliki oleh seorang pelajar. Jika anda tidak bersemangat, mungkin ia kerana anda kurang berdoa. Jika anda selalu berdoa tetapi tidak masih kurang bersemangat, mungkin ia kerana doa anda tidak memenuhi ciri-ciri yang diperlukan.
Hari ini, saya berikan lima perkara asas dalam melafazkan doa. Asas ini saya pelajari daripada ustaz saya semasa saya berada di Tingkatan 1 dulu. (Lama dah tu )Perkara asas ini seperti lima jari anda.

Monday, May 17, 2010

TAHNIAH!!! HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009 SKBM




TAHNIAH !!! MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR : SK BANDAR MERSING

Tindakan :Warga Pendidikan Mersing
Tarikh : 16-05-2010
Unit : KURIKULUM
Oleh : Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman

Maklumat : Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan anugerah nikmat kesihatan dan inayah Yang Maha Esa, hari ini 16 September 2010 (Ahad) si kerdil berpeluang menghadiri satu majlis yang berprestij anjuran bersama pihak sekolah dan PIBG.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
SK Bandar Mersing
9.00 - 11.30 pagi

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Abdul Latiff bin Hj. Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mersing.

En.Wakanan bin Ismail, YDP PIBG SK Bandar Mersing turut menyerikan majlis berkenaan.

Pengacaraan majlis tersebut dengan menggunakan dua versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab memberi tambahan nilai ilmu yang tinggi sekaligus menggambarkan impak positif program j-QAF di sekolah-sekolah kerajaan sejak tahun 2005.
Tahniah kepada guru yang terlibat :

1. Pn. Siti Rohana Mastura bt. Rejab
2. Pn. Aminah bt. Mat Yusoff

En. Rafie bin Md. Dali, Guru Besar SK Bandar Mersing, dalam ucapan aluan beliau menetapkan 100 % Menguasai dan 26 orang 5A sebagai ETR UPSR 2010.

Namun YB. Datuk dalam ucapan beliau mencabar guru-guru sekolah berkenaan dengan menetapkan sasaran 30 orang sekurang-kurang 5A bagi UPSR tahun 2010.

Beliau turut menjanjikan satu unit komputer riba bagi setiap murid SKBM yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun ini, sekiranya sasaran itu tercapai.
Tidak ketinggalan... guru yang mengajar juga turut dijanjikan perkara yang sama.

Slogan : GEGAR MERSING sentiasa menjadi pembakar semangat warga SK Bandar Mersing untuk terus berusaha bagi memastikan pendidikan anak-anak SKBM mencapai tahap prestasi tinggi dan kekal menjadi sekolah NO. 1 daerah Mersing.

Murid Cemerlang UPSR 2009 (5A)

1. Abdul Razak Abdul Rani
2. Ain Syamimi Yadzid
3. Ayu Aliana Ismail.
4. Azizuddin Mohd. Yassin
5. Luqman Hakim Abu Bakar
6. Mohamad Aizat Mohamad Sadili
7. Mohamad Amir Izzuddin Mohamad Nor
8. Mohamad Zaki Asyraf Anuar Bakri
9. Muhamad Ashamizan Asmeri
10.Muhamad Rizqan Mohd. Fauzi
11.Muhammad Amirul Asyraf Zainuddin
12.Muhammad Hanafiah Asa'ari
13.Najwa Nur Huda Abdul Rasid
14. Nur Dini Aqilah Rosdi
15.Nurul Fathiyyah Jannah Zulkifli
16.Siti Nur Nabila Md.Khairudin
17.Siti Suzana Razak
18.Mohamad Ruzaiman Ruzakhan
19.Muhamad Hafiz Zariq Mohd.Nasir
20.Nik Zatasya Mustafa
21.Nurlayla Nathasya Mat Derus

Murid Cemerlang UPSR 2009 (4A)

1. Sarah Afiqah Abdul Rahman
2. Elias Ibad Irfan Mohd.Salleh
3. Mohamad Al-Hanif Nazar
4. Mohamad Aliff Aiman Jofri
5. Mohamad Haidir Setia
6. Mohamad Nabil Aidil Khasnah @ Aznan
7. Muhammad Shazmil Mohd. Sabilan
8. Nur Adibah Zolkri
9. Aisyah Najihah Zainuddin
10.Nur Hasfalina Rosman
11.Arif Fikri Yazid
12.Muhamad Kahirul Afizan Basra
13.Siti Nuramizza Hamree

Murid Cemerlang Kokurikulum

1. Hassbilal Khan Hamree
2. Muhamad Sahirin Abdul Sharif

Murid Cemerlang Sahsiah

1. Saiful Izham Abdul Razak
2. Anis Raihana Mohd. Nazri

Tahniah dan syabas kepada semua yang berjaya dengan cemerlang.
Tahniah kepada seluruh warga SKBM.

Monday, April 19, 2010

BEKAS PELAJAR SK BANDAR MERSING YANG DIRAIKAN




SAMBUTAN 100 TAHUN (1910-2010)
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MERSING,
MERSING JOHOR.


Maklumat Keluarga untuk Database Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing
Maklumat Diri:

Nama: Tarikh Kelahiran:
Alamat:
No telefon: alamat Email:
Adakah anda bekas pelajar SK Bandar Mersing? Ya / tidak
Tahun persekolahan di Sekolah Kebanggsaan Bandar Mersing:
Nama sekolah atau kolej atau universiti terakhir anda sebelum anda menjawat jawatan sekarang:
Tahap pengajian terakhir yang telah anda capai: - (bulatkan jawapan anda)
UPSR / PMR/LCE / SC / SPM / SPVM / SPAM / HSC / STPM / Sijil
Diploma / Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah (PhD)
Masih belajar bertugas atau telah bersara? Masih bertugas / bersara - (bulatkan jawapan anda)
Pekerjaan sekarang:
Kerajaan atau Swasta? - (bulatkan jawapan anda)
Anggaran pendapatan sekarang: - (bulatkan jawapan anda)
1. Kurang dari RM1000 5. Antara RM2501-3500
2. Antara RM1001-1500 6. Antara RM3501-5000
3. Antara RM1501-2000 7. Lebih RM5000
4. Antara RM2001-2500
Apakah doa-doa anda terhadap anak-anak anda?
1.
2.
3.

Maklumat isteri atau suami:
Nama: Tarikh Kelahiran:
Alamat:
No telefon: Alamat Email:
Adakah anda bekas pelajar SK Bandar Mersing? Ya / tidak - (bulatkan jawapan anda)
Tahun persekolahan di SK Bandar Mersing:
Nama sekolah atau kolej atau universiti terakhir sebelum anda menjawat jawatan sekarang:
Tahap pengajian terakhir: - (bulatkan jawapan anda)
UPSR / PMR/LCE / SC / SPM / SPVM / SPAM / HSC / STPM / Sijil
Diploma / Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah (PhD)
Masih bertugas atau telah bersara? Masih bertugas / bersara - (bulatkan jawapan anda)
Pekerjaan sekarang:
Kerajaan atau Swasta? - (bulatkan jawapan anda)
Anggaran pendapatan - (bulatkan jawapan anda)
1. Kurang dari RM1000 5. Antara RM2501-3500
2. Antara RM1001-1500 6. Antara RM3501-5000
3. Antara RM1501-2000 7. Lebih RM5000
4. Antara RM2001-2500
Apakah doa-doa anda terhadap anak-anak anda?
1.
2.
3.
Maklumat Keluarga:
Bilangan anak:
Nama anak-anak
Bil. Nama anak Umur(tahun) Darjah/ Tingkatan Sekolah/Sijil Ijazah/ Universiti
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Maklumat Anak-anak
Nama: Tarikh Kelahiran:
Alamat:
No telefon: Alamat Email:
Adakah anda bekas pelajar SK Bandar Mersing? Ya / tidak - (bulatkan jawapan anda)
Tahun persekolahan di SK Bandar Mersing
Nama sekolah atau kolej atau universiti terakhir sebelum anda menjawat jawatan sekarang:
(Layari laman Blog kita: http://nurskbm.blogspot.com dan emailkan borang yang telah dipenuhkan ke nur.skbm@gmail.com , anda juga dijemput untuk memberikan sebarang sumbangan idea, komen, cadangan, ataupun cerita kisah-kisah lama dan sebagainya.