Home

Selamat Datang Ke Laman NurSKBM -- Sesungguhnya saat yang paling dekat antara dirimu dengan ALLAH Subhanahu wa Ta'ala, iaitu apabila engkau sedang bersujud kepadaNya. Dan saat yang paling berbahagia adalah ketika engkau ikhlas kepadaNya. Saat yang paling lapang bagimu adalah ketika engkau berzikir kepadaNya. Dan saat dimana engkau paling berharap kepadaNya adalah ketika engkau berdo'a kepadaNya
( SKBM 100 TAHUN PADA 2010)

Wednesday, August 25, 2010

UPSR.....Target SKBM 100 % LULUS

Harapan dan Doa yang dititip khas oleh Ayahanda kita, En Mohd Rafie' bin Md Dali, Guru Besar SK Bandar Mersing. Semoga menjadi pencetus inspirasi dan diamalkan oleh semua warga untuk meraih kejayaan yang kita idamkan.

ASSALAMUALAIKUM WBT

Anak-anak yang dirahmati Allah !
Sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah AWT kerana dengan izinnya kita dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki, dicuci dan dibersihkan minda kita untuk berperang dalam gelanggang UPSR. InsyaAllah kemenangan dalam genggaman, kecemerlangan dalam coretan dan tantangan.

Anak-anak Yang Dirahmati Allah!
Bulan Syaban baru berlalu, Ramadhan kini di sisi kita. Esok Syawal akan datang. Dan percayalah Syawal setia menanti. UPSR datang dengan Syawal, bulan penuh keberkatan. Bulan penuh keistimewaan. Bulan kemenangan dan kejayaan. Bulan penuh kesucian dan kemurahan Allah dalam memabulkan doa hambanya.

Anak-anak Yang Dirahmati Allah !
Rebutlah kelebihan bulan Ramadhan untuk terus berusaha, terus bersolat, terus beramal, terus berdoa dan akhirnya berserah dan bertawakal. Insya Allh kalau peluang dan ruang yang tersedia ini anak-anak gunakan sepenuhnya, tidak ada sebab anak-anak kecundang dalam peperangan dan perjuangan. Sudah tentu Allah sentiasa memberi lorongan mudah kepada kita.

Anak-anak Yang Dirahmati Allah!
Doa cikgu anak-anak semua beroleh kejayaan yang cemerlang setimpal dengan usaha yang anak-anak telah lakukan dan keikhlasan ilmu yang cikgu curahkan. Ingat anak-anak Syawal menanti untuk meraikan kejayaan anak-anak.

Selamat berjaya. Kejayaan anak-anak adalah kejayaan guru-guru, kejayaan sekolah dan kejayaan ibu bapa. Cikgu adalah orang yang paling bahagia dan bangga. GEGAR MERSING!

Guru Besar,
SK Bandar Mersing

DOA KESEJAHTERAAN SKBM

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya disisimu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmatmu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Di hadapan kemuliaan kaabah ini aku memohon kepadamu;

Kurniakan kesejahteraan kepada seluruh ummat manusia terutamanya warga SK Bandar Mersing agar sentiasa bersatu hati dan terpupuk kasih sayang dengan rahmatmu ya Allah, bukalah pintu hati mereka untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan hati yang rela dan terbuka, kurniakanlah maghfirah dan keampunanmu terhadap segala kesalahan dan kekurangan yang telah dilakukan.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Jadikanlah anak kami dan anak-anak Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambamu yang soleh.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana, dan kurniakan kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah ke jalan yang benar dan kurniakan kepada mereka kefahaman para nabi, hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulan bagi mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayahmu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat, wahai Tuhan yang maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang maha mengetahui.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakan mereka dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu, dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah mereka daripada kemungkaran akhlak,perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Perkenankan permohonan kami, kejayaan sekolah mencapai Visi. Kesejahteraan warga SK Bandar Mersing agar sentiasa bersatu hati dan terpupuk kasih sayang dengan rahmatmu ya Allah dan kejayaan cemerlang anak-anak didik kami dalam peperiksaan UPSR 2010.

Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah seru sekalian alam. Ya Allah Ya Tuhanku.AMIN

Tuesday, August 3, 2010

Ramadhan Kembali lagi...


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

Alhamdulillah kita bakal berjumpa lagi bulan yang penuh keberkatan,bulan keampunan beberapa hari saja lagi. InsyaAllah kita bakal berpuasa pada hari Rabu atau Khamis (11 atau 12 Ogos 2010). Sebagaimana yang telah disebut dalam al-Quran, pada bulan Ramadhan kitab suci al-Quran diturunkan sebagai mukjizat agung Nabi Muhammad saw, juga disebutkan didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Marilah kita sama-sama membuat persediaan untuk mempertingkatkan amalan dan memperkukuh keimanan dalam usaha meraih keberkatan ilahi sebanyak-banyaknya...

Monday, August 2, 2010

Penantian yang bakal berakhir...

Salam keimanan dan salam 1 Malaysia....

Tahun bertukar bulan, bulan bertukar hari....Tanpa kita sedari Majlis Sambutan 100 tahun yang dinanti dari penghujung tahun 2009 bakal berakhir pada 8 Ogos ini. Bermula dengan Majlis Pengkisahan Sejarah 100 Tahun SKBM bersama Arkib Negara Malaysia, warga sekolah mengorak langkah melakar satu lagi program dalam menghitung detik bersejarah bagi melengkapkan usianya yang sudah sealaf lamanya. Penantian yang cukup mendebarkan akan dikongsi bersama Alumni, PIBG, para murid dan seluruh penduduk bandar Mersing. Kami di SK Bandar Mersing menjunjung kasih diatas kesudian ke bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim kerana berkenan merasmikan Majlis 100 Tahun SK Bandar Mersing. Kepada semua bekas murid, bekas guru dan warga Mersing, marilah sama-sama kita meriahkan Sambutan 100 Tahun SKBM pada 7 & 8 Ogos ini. Semoga Majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Amin..