Tuesday, September 1, 2009
MENGIMBAU KELUHAN SKBM
(Sempena Ulangtahun Ke 100 Penubuhan 1910-2010 )
Mana perginya anak-anak yang aku lahirkan
Jenguk tidak, bertanyakan khabar pun tidak:
Pemimpin seantario dunia
Menteri yang bijaksana
Ulama ternama
Guru yang mengajar baca kira
Perajurit yang perkasa
Doktor yang berjasa
Usahawan yang berjaya
Atau manusia biasa ternama
Nelayan, petani dan sesiapa sahaja.
Mana perginya anak-anak yang aku lahirkan
Jenguk tidak, bertanyakan khabar pun tidak:
Apa mereka sudah lupa
Tak tahu kenang jasa
Atau telah hilang sopan berbicara
Susu diberi dibalas tuba
Mungkin lupa adat melayu lama:
Orang memberi, kita merasa
Orang berbudi kita berbahasa
Yang dikandung tidak tercicir
Yang dikejar dipastikan dapat
Sakit dulu tidak berbalas
Keikhlasan dulu tidak dibahas
Mana perginya anak-anak yang aku lahirkan
Jenguk tidak, bertanyakan khabar pun tidak:
Aku sudah tua
Sudah dimamah usia
100 tahun bukan sehari dua
Harijadi dah hampir tiba
2010 menanti masa
Hingga saat ini!
Belum ada yang menyapa
Belum ada menghantar nama
Belum ada mula berbicara
Belum ada menunjuk muka
Mengaku dan setia.
Mana perginya anak-anak yang aku lahirkan
Jenguk tidak, bertanyakan khabar pun tidak:
KAMILAH ANAK-ANAKMU
Apakhabar!
Kami datang kepangkuanmu
Ikrar taat setia
Bukan anak durhaka
Bukan keturunan durjana.
SELAMAT ULANGTAHUN KE 100!
SKBM TERCINTA!
Oleh:
Orang skbm
Mersing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
terharu membaca sajak yang di tulis...bukan tak ingat , tapi sekarang nak ucapkan berbanyak terima kasih pada ci-cikgu yang dah mengajar dari 1983-1988 dulu.....terima kasih cikgu kerana menjadikan aku manusia...hanya Allah jua yang membalas jasa kalian semua
Post a Comment