Home

Selamat Datang Ke Laman NurSKBM -- Sesungguhnya saat yang paling dekat antara dirimu dengan ALLAH Subhanahu wa Ta'ala, iaitu apabila engkau sedang bersujud kepadaNya. Dan saat yang paling berbahagia adalah ketika engkau ikhlas kepadaNya. Saat yang paling lapang bagimu adalah ketika engkau berzikir kepadaNya. Dan saat dimana engkau paling berharap kepadaNya adalah ketika engkau berdo'a kepadaNya
( SKBM 100 TAHUN PADA 2010)

Saturday, December 29, 2007

Mata, Telinga dan Otak!!

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, karena kita tidak boleh selalu melihat ke belakang.

Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita bisa mendengarkan semuanya dari dua buah sisi.

Untuk bisa mengumpulkan pujian dan kritik dan menyeleksi mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak didalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin apapun kita, kita tetap kaya. Karena tidak akan ada satu orang pun yang bisa mencuri otak kita, pikiran kita dan ide kita.

Dan apa yang anda pikiran dalam otak anda jauh lebih berharga dari pada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Karena mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan.

Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh didalam tulang iga kita.

Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam.

Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia. Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemukan cinta yang jauh lebih indah.

Friday, December 28, 2007






















"Dan Kami membuatkan di dalamnya kebun-kebun palma dan anggur, dan padanya Kami memancarkan mata air, supaya mereka memakan buah-buahannya, dan apa yang tangan-tangan mereka buat. Apa, tidakkah mereka berterima kasih?" (36:34-35)

MANUSIA YANG RUGI

"Manusia yang rugi hidupnya ialah manusia yang dikurniakan akal, tetapi tidak mahu berfikir mengenai kebesaran Allah. Dikurniakan penglihatan, tetapi tidak mahu melihat kebaikan. Dikurniakan pendengaran, tetapi tidak mahu mendengar nasihat dan dikurniakan hati tetapi tidak mahu menghayati kebesaran Allah."

Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)

Sunday, December 23, 2007

KITA BERTANYA, AL-QURAN MENJAWAB


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
Surah Yusuf ayat 12

Sunday, December 16, 2007

CERITA ANAK & IBU


Berikut adalah satu Cerita Anak & Ibu....yang kudapati dari E-Mail seorang kawan...

Kisah bermula apabila seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang
kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum,pakaian & keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.


Sebagaimana Hadis Rasulullah S.A.W: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah. Pada siapakah aku mesti berbuat baik? Jawab Rasulullah, ibumu, kemudian ibumu , kemudian ibumu, kemudian bapamu" (Sunan Abu Dawud: hadis 2438.)

Saturday, December 15, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Allah berfirman yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Haj, ayat 37)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Friday, December 14, 2007

HIKMAH ZIKIR


Jika kamu mahukan ketenangan, tiada sesuatu pun boleh memberikan ketenangan kepada mu kecuali dengan mengingati ALLAH

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.”

MENUNTUT ILMU


Menuntut Ilmu:
Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali “.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa

Tuesday, December 11, 2007

PESANAN LUQMAN HAKIM KEPADA ANAKNYA


Pesanan Luqman Hakim kepada anaknya:
Sepanjang hidupku aku hanya memilih 8 kalimah dari
pusaka para nabi yang lalu iaitu:

1) Apabila engkau sedg solat kepada Allah maka jagalah baik-baik
fikiranmu.
2) Apabila engkau berada dirumah orang lain, maka peliharalalah
pandanganmu.
3) Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
4) Apabila engkau hadir di jamuan makan maka jagalah perangaimu.
5) Ingatlah kepada Allah.
6) lupakan baik budimu kepada org lain.
7) lupakan segala kesalahan org lain terhadap dirimu.
8) Ingat kepada mati.

KEBIJAKSANAAN LUKMAN JADI IKTIBAR SEPANJANG ZAMAN

LUKMAN al-Hakim seorang lelaki berkulit hitam yang bertakwa kepada Allah. Mengikut Imam Said bin Musayyib, beliau seorang berasal dari Sudan.

Pada suatu masa, seorang lelaki berkulit hitam datang menemui Imam Said bin Musayyib. Beliau berkata kepada lelaki itu: “Janganlah kamu bersedih hati kerana kulitmu yang hitam. Sebenarnya antara manusia yang terbaik (di sisi Allah) adalah mereka yang berkulit hitam iaitu Bilal, Mahjak dan Lukman al-Hakim.”

Mengikut Ibn Jarir pula, berpandukan riwayat daripada Khalid ar-Raj’ii, Lukman adalah seorang hamba dari Habsyah yang bekerja sebagai seorang tukang kayu.

Pada suatu hari, tuan Lukman menyuruh beliau menyembelih seekor kambing dan membawa kepadanya dua ketul daging yang terbaik. Perintah itu dilaksanakan Lukman dan dibawa kepada tuannya dua ketul daging yang terbaik iaitu hati dan lidah.

Keesokannya, tuannya menyuruh beliau menyembelih seekor kambing lain dan membawa kepadanya dua ketul daging yang terburuk. Perintah itu juga dilaksanakan oleh Lukman dan dibawa kepadanya dua ketul daging terburuk iaitu hati dan lidah.

Tuannya pelik dan bertanya kepada Lukman maksud perbuatannya itu. Lukman berkata: “Sesungguhnya, bagi orang mulia, inilah alat terbaik yang dimilikinya dan bagi mereka yang keji, inilah alat terkeji yang ada dalam dirinya’.” Begitulah contoh kebijaksanaan Lukman.

Begitulah sifat seorang yang amanah. Bagaimanakah Lukman dapat mencapai makam yang mulia ini? Mengikut Ibn Jarir daripada Amru bin Qais, seorang lelaki pernah menyoal Lukman mengenainya.

Lukman menjawab: “Itu adalah kehendak Allah. Aku sentiasa menunaikan amanah, aku juga sentiasa bercakap benar dan aku menjauhi setiap perkara yang tidak mendatankan faedah bagiku.”

Mengenai perkara sama, dalam sebuah hadis pada suatu hari seorang lelaki berjumpa Rasulullah kerana hendak memeluk Islam.

Selepas mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata: "Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab: "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu. Selepas itu, dia pun pulang ke rumahnya.

Dalam perjalanan pulang, lelaki itu berkata dalam hatinya: "Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu." Maka, setiap kali hatinya terdorong untuk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah dan setiap kali hatinya berkata: "Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya.

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya.

Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia berhijrah daripada kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah. Hingga ke akhirnya dia berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

10 WASIAT IMAM SYAFIE KEPADA MURIDNYA

DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.

Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: "Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut - mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima : Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
Keenam : Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh : Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan : Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh : Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Monday, December 10, 2007

PENGORBANAN TERAGUNG


Nabi Ibrahim a.s. sepanjang usianya kira-kira 175 tahun, telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan dua orang anak lelaki. Pertama Nabi Ismail dan kedua Nabi Ishak. Nabi Ismail adalah hasil perkongsian hidup Nabi Ibrahim dengan Siti Hajar, isteri kedua. Sementara Nabi Ishak dari isteri pertama, Siti Sarah. Namun demikian Siti Sarah pada mulanya isteri yang mandul tetapi dengan kehendak Allah dipenghujung usianya ia melahirkan Nabi Ishak iaitu adik sebapa kepada Nabi Ismail.

Dalam usia sekitar 86 tahun, Nabi Ibrahim baru dikurniakan seorang anak yang sekian lama diidamidamkannya. Anak itu ialah Nabi Ismail yang disifatkan oleh Allah sebagai seorang anak yang sabar. Tetapi sebaik sahaja Nabi Ismail mencapai usia remaja tiba-tiba Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih jantung hatinya itu. Mimpi itu merupakan isyarat kepada perintah Allah. Perintah itu, suatu perintah yang amat sukar. Ia bukannya suatu perintah supaya beliau mengirimkan anak lelaki tunggal ke medan perang. Tetapi perintah itu supaya dia menamatkan riwayat anaknya dengan tangannya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. tetap menjunjung perintah itu dengan penuh ketaatan. Demikian anaknya Nabi Ismail.

Firman Allah dalam surah As-Shaffatالصافات) ) ayat:102-107 maksudnya:
(102) - Maka tatkala anak itu sampai ( kepada peringkat umur yang membolehkan dia ) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu!”Anaknya menjawab:“Wahai bapaku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

Mengikut ayat ini Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail masing-masing menyerahkan diri bulat-bulat kepada Allah. Penyerahan diri kepada Allah, seperti inilah yang terkandung dalam maksud pengertian Islam.

Iaitu percaya, taat, patuh, tenang, redha, dan bertindak melaksanakan perintah Allah s.w.t. Inilah nilai, sikap, perasaan yang dihayati di dalam hati mereka berdua yang tidak tumbuh dan lahir melainkan oleh keimanan yang agung. Kemudian ayat-ayat berikutnya menggambarkan kesungguhan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam menunaikan arahan Allah:

(103) - Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim-dengan kesungguhan azamnya itu- telah menjalankan perintah Kami), (104) - serta Kami menyerunya:“Wahai Ibrahim! (105) - “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu!” – demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (106) - Sesungguhnya perintah ini ialah satu ujian yang nyata; (107) - dan Kami telah tebuskan anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar”.

Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah menunaikan kewajipan
masing-masing. Kedua-duanya telah melaksanakan perintah dan tugas mereka. Ujian Allah telah sempurna, dan tujuannya telah terlaksana. Cuma yang tinggal lagi ialah menyembelih Ismail.

Tetapi Allah s.w.t. tidak mahu mengazabkan hamba-hambaNya dengan ujian itu. Allah tidak berkehendak apa-apa pun dari darah dan jasad mereka. Apabila mereka telah memberi keikhlasan kepada Allah dan bersedia untuk melaksanakan perintah-Nya bererti mereka telah menunaikan kewajipan mereka dan telah melalui ujian itu dengan jayanya. Oleh itu Allah telah menebuskan jiwa Nabi Ismail dengan seekor kibas untuk disembelih sebagai ganti.

Inilah suatu peristiwa luhur yang melambangkan kemuncak hakikat keimanan,
kecemerlangan, kepatuhan dan keagungan penyerahan diri kepada Allah. Ia merupakan satu peristiwa contoh yang dapat dirujuk oleh kaum Muslimin dalam menilai dan mengenali erti sebuah pengorbanan yang agung. Dengan peristiwa ini berlangsunglah tradisi murni dan galakan berqurban pada Hari Aidiladha hingga ke hari ini.

IBADAT KORBAN

Definisinya:
Menyembelih unta, lembu atau kambing untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Waktu Penyembelihan Korban:
Waktu penyembelihan bermula selepas sembahyang pada Hari Raya Haji sehingga berakhir Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah).

Hukumnya:
Sunat Muakkad, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: (Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai Allah ialah penyembelihan korban, sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduknya, kukunya dan bulu-bulunya, sesungguhnya Allah akan menerima penyembelihan korban tersebut sebelum darahnya tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu ikhlaskan diri kamu semasa melakukan penyembelihan korban tersebut).
Ia disyariatkan pada tahun kedua Hijrah: (Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menyembelih korban dua ekor kibasy yang berwarna antara putih dan hitam serta mempunyai dua tanduk, kedua-duanya disembelih oleh baginda dengan tangannya. Baginda mengucapkan Basmalah dan bertakbir serta meletakkan kaki di bahagian tepi rusuk kibasy tersebut).

Jenis-jenisnya:
Unta yang berumur lima tahun, lembu yang berumur dua tahun atau kambing yang berumur enam bulan. Adapun unta dan lembu hanya perlu diambil satu bahagian sahaja dari tujuh bahagian.

Pembahagiannya:
Disyarakkan kepada orang yang berkorban memakan satu pertiga daripada daging tersebut, satu pertiga dihadiahkan dan satu pertiga lagi disedekahkan. Dia diharuskan memakan lebih dari satu pertiga daripada daging korban tetapi sekiranya dia memakan kesemua daging tersebut dan dia hanya ingin menyedekahkan harga bagi sedikit daging korban sahaja, dia bolehlah berbuat demikian.

Penyembelihannya:
Disunatkan supaya bertakbir kepada Allah s.w.t selepas mengucapkan Basmalah dan selawat kepada Nabi s.a.w kemudian berkata:
اللهم هذا منك وإليك تقبل مني
Yang bermaksud:
Wahai Tuhanku! Engkaulah yang menciptakan aku dan kepadaMu aku akan kembali, oleh itu terimalah korban daripadaku.

ERTI TANGISAN


Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

“Ada 2 pasang mata yang tak tersentuh api neraka, iaitu mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt. dan 2 pasang mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”
“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”……seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt. sehingga bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah dosa-dosa seperti gugurnya dedaun dari pohon yang kering.”

DUNIA IBARAT KEBUN UNTUK RAIH HASIL DI AKHIRAT


DARIPADA Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: ”Setiap umatku masuk ke dalam syurga selain orang yang enggan. Mereka bertanya:”Ya Rasulullah! Siapakah yang enggan itu? Jawab Baginda: ”Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dunia ini adalah kerajaan Allah. Segala yang ada di alam ini adalah daripada kurniaan rahmat Allah.

Manusia adalah khalifah Allah, diciptakan untuk memuja Allah dan memikul amanah Allah. Hidup ini adalah pemberian Allah dan kematian pula adalah qadar atau ukuran daripada Allah.
Dunia ini adalah kebun tempat manusia berusaha untuk mematuhi perintah Allah dan akhirat adalah masa menuai dan menerima balasan daripada Allah.

Orang yang berbahagia ialah mereka yang menurut petunjuk Allah dan rasul-Nya, dan orang yang malang ialah mereka yang membelakangkan diri daripada pengajaran Allah dan rasul-Nya.
Manusia yang ditugaskan memikul beban dan tanggungjawab di dunia hendaklah mempunyai persiapan untuk kehidupan yang selamanya di negeri yang abadi di mana kematian adalah jambatan yang menghubungkan antara kedua-duanya.

Siapakah Kita???














Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang rugi?
Orang yang yang rugi adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman..

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.