Definisinya:
Menyembelih unta, lembu atau kambing untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Waktu Penyembelihan Korban:
Waktu penyembelihan bermula selepas sembahyang pada Hari Raya Haji sehingga berakhir Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah).
Hukumnya:
Sunat Muakkad, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: (Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai Allah ialah penyembelihan korban, sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduknya, kukunya dan bulu-bulunya, sesungguhnya Allah akan menerima penyembelihan korban tersebut sebelum darahnya tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu ikhlaskan diri kamu semasa melakukan penyembelihan korban tersebut).
Ia disyariatkan pada tahun kedua Hijrah: (Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menyembelih korban dua ekor kibasy yang berwarna antara putih dan hitam serta mempunyai dua tanduk, kedua-duanya disembelih oleh baginda dengan tangannya. Baginda mengucapkan Basmalah dan bertakbir serta meletakkan kaki di bahagian tepi rusuk kibasy tersebut).
Jenis-jenisnya:
Unta yang berumur lima tahun, lembu yang berumur dua tahun atau kambing yang berumur enam bulan. Adapun unta dan lembu hanya perlu diambil satu bahagian sahaja dari tujuh bahagian.
Pembahagiannya:
Disyarakkan kepada orang yang berkorban memakan satu pertiga daripada daging tersebut, satu pertiga dihadiahkan dan satu pertiga lagi disedekahkan. Dia diharuskan memakan lebih dari satu pertiga daripada daging korban tetapi sekiranya dia memakan kesemua daging tersebut dan dia hanya ingin menyedekahkan harga bagi sedikit daging korban sahaja, dia bolehlah berbuat demikian.
Penyembelihannya:
Disunatkan supaya bertakbir kepada Allah s.w.t selepas mengucapkan Basmalah dan selawat kepada Nabi s.a.w kemudian berkata:
اللهم هذا منك وإليك تقبل مني
Yang bermaksud:
Wahai Tuhanku! Engkaulah yang menciptakan aku dan kepadaMu aku akan kembali, oleh itu terimalah korban daripadaku.
No comments:
Post a Comment