Home

Selamat Datang Ke Laman NurSKBM -- Sesungguhnya saat yang paling dekat antara dirimu dengan ALLAH Subhanahu wa Ta'ala, iaitu apabila engkau sedang bersujud kepadaNya. Dan saat yang paling berbahagia adalah ketika engkau ikhlas kepadaNya. Saat yang paling lapang bagimu adalah ketika engkau berzikir kepadaNya. Dan saat dimana engkau paling berharap kepadaNya adalah ketika engkau berdo'a kepadaNya
( SKBM 100 TAHUN PADA 2010)

Tuesday, August 26, 2008

Selamat Hari Kebangsaan ke 51


Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan “Perpaduan Teras Kejayaan”

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan Negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat Malaysia.

Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.

Wana putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.

Warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

1 comment:

salwati said...

Sempena ulangtahun ke-100,Pihak SKBM berminat untuk mengumpul bekas pelajar sekolah ini.Kepada bekas pelajar SKBM boleh menghubungi no tel:0127754482 untuk keterangan lanjut.